Thursday, 5 May 2016

Mari bina stamina iman

[ Membina Stamina IMAN menjelang RAMADHAN ]

بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagi yang bercita-cita hendak cemerlang semasa Ramadhan,perlulah dia membina stamina iman semenjak Rejab atau sekurang-kurangnya semenjak Syaaban.

Bagaimana membina stamina iman?

Yakni membiasakan diri dengan amal-amal kebaikan semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan dengan setiap hari dapat membaca satu juzu' Al-Quran, maka biasakanlah dengan pembacaan Al-Quran semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan tanpa perkara maksiat dan mungkar, sudah kena latih diri menjauhi perkara maksiat dan mungkar semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan dengan memperbanyakkan qiyamullail, sudah patut biasakan diri dengan qiyamullail semasa Rejab dan Syaaban.

Manusia takkan berubah dengan sekelip mata.

Mungkin 5-10 hari pertama Ramadhan, bolehlah kita 'push'. Risaunya selepas itu kita 'penat'. Sebab tak ada 'stamina'.

Mari bina stamina iman.

Moga bila kita usahakannya, Ramadhan boleh benar-benar menjadi 'booster' untuk kita mendapatkan kekuatan, bagi menghadapi 11 bulan yang datang selepasnya.

~Hilal Asyraf(Official)~

No comments: