Monday, 9 May 2016

PUNCA KESESATAN, MISKIN DAN KEHINAAN

Bismillah..
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad,
Wa'ala Aali Sayyidina Muhammad

 Assalamu'alaikum wbt.. :)

sedikit perkongsian, biiznillah
=====
[PUNCA KESESATAN, MISKIN DAN KEHINAAN]

Hukama' berkata:

Sesiapa yang berpegang teguh pada akalnya,
nescaya dia akan sesat.

Sesiapa yang mencari kecukupan dalam harta bendanya,
nescaya dia akan miskin dan

Sesiapa yang mencari kemuliaan dari makhluk,
nescaya dia akan menjadi hina.

Huraian:

Berlindung pada akal itu sesat jika tidak berpegang kepada Allah dan menohon bimbinganNya dalam menuju kebenaran. Jika tidak merasa cukup dengan hartanya manusia akan melarat kerana mesti disedari bahawa sesungguhnya yang memberi kecukupan adalah Allah. Akhirnya sesiapa yang bergantung dan mengharapkan manusia bukan Allah, maka dia akan menjadi hina di hadapan Allah.

Sesungguhnya:
"BARANGSIAPA MERASA CUKUP DENGAN ALLAH, MAKA DIA AKAN MEMBERINYA KEKAYAAN(YANG SEBENAR)

[Petikan buku: 'Petunjuk Jalan Menuju Syurga', Sheikh Ibnu Hajar Al-Asqalani, ms: 88]

Thursday, 5 May 2016

Usaha menyelamatkan diri daripada azab Allah


بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[Muhasabah diri]

Dua usaha menyelamatkan diri daripada azab Allah:

1. Andai kata kita tidak mampu memperbanyakkan kebaikan, maka kurangkanlah melakukan keburukan.

Imam Ibn Rejab al-Hambali rahimahullah menyebutkan ;

اجتناب المحرمات وإن قلت فهي أفضل من الإكثار من نوافل الطاعات
Meninggalkan atau menjauhi perkara yang diharamkan itu sekalipun adalah sedikit adalah lebih utama daripada memperbanyakkan amalan ketaatan yang sunat.

Disebut dalam sebuah hadith;

اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ
'Jauhilah dari terjerumus ke dalam hal-hal yang diharamkan, nescaya engkau termasuk manusia yang paling beribadah (kepada Allah).' [Riwayat al-Tirmidzi]

2. Namun jika kita masih tidak mampu meninggalkan keburukan maka lebihkanlah berbuat kebaikan daripada keburukan.

Allah SWT berfirman;

إِنَّ الْحَسَنَـاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئـَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِيـنَ
"Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Hud: 114)

Diriwayatkan bahawa baginda salallahualaihiwassalam bersabda ;

وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
'Dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, nescaya ia (kebaikan) akan memadamkannya (memadam keburukan)'. [Riwayat al-Tirmidzi]

[Ustaz Emran Ahmad]

Mari bina stamina iman

[ Membina Stamina IMAN menjelang RAMADHAN ]

بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bagi yang bercita-cita hendak cemerlang semasa Ramadhan,perlulah dia membina stamina iman semenjak Rejab atau sekurang-kurangnya semenjak Syaaban.

Bagaimana membina stamina iman?

Yakni membiasakan diri dengan amal-amal kebaikan semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan dengan setiap hari dapat membaca satu juzu' Al-Quran, maka biasakanlah dengan pembacaan Al-Quran semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan tanpa perkara maksiat dan mungkar, sudah kena latih diri menjauhi perkara maksiat dan mungkar semenjak Rejab dan Syaaban.

Jika bercita-cita mahu melalui Ramadhan dengan memperbanyakkan qiyamullail, sudah patut biasakan diri dengan qiyamullail semasa Rejab dan Syaaban.

Manusia takkan berubah dengan sekelip mata.

Mungkin 5-10 hari pertama Ramadhan, bolehlah kita 'push'. Risaunya selepas itu kita 'penat'. Sebab tak ada 'stamina'.

Mari bina stamina iman.

Moga bila kita usahakannya, Ramadhan boleh benar-benar menjadi 'booster' untuk kita mendapatkan kekuatan, bagi menghadapi 11 bulan yang datang selepasnya.

~Hilal Asyraf(Official)~